Friday, June 17, 2011

niKmat yg SEkejap... ukhuwahfillah

alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi, 2 minggu bercuti di kampung halaman bagaikan 2 hari....
nikmat yg sekejap kau pinjamkan kepada hambaMU amat bermakna...
inilah dikatakan nikmat dunia, nikmat yang sekejap indah lagi nikmat akhirat, nikmat yang abadi tiada taranya.
kita biasa mendengar perumpamaaan ini dunia jambatan ke akhirat.. begitulah juga kehidupan kita, apa yg kita lalui masa lalu , kita jadikan jambatan untuk kita memperbaiki diri di masa hadapan.

Pertama kali berkenalan dgn shbt2  sepupu dari sebuah universiti  amat bermakna, sehari suntuk bersama mereka membuahkan ukhuwah yg meninggalkan kesan di hati.
bak  kata  saudara hilal asyraf, walau kita berada di tempat yang baik sekalipun kalau kita kuncikan hati kita, kebaikan sekali  kali tidak akan meresap masuk. sekalipun jahatnya kita tapi kita cuba berusaha buka hati kita, pasti kebaikan meresap masuk. lebih kurang begitulah  kata-kata beliau.. di bawah ini videonya  ~buka hati~ dan ~ukhuwahfillah~. saya tertarik dengan kata2 senior beliau dalam video ukhuwahfillah, sahabat itu ialah apabila kita nampak dia kita ingat ALLAH s.w.t..

kata bijak pandai: jadilah solehah...bukan carilah soleh. jadilah soleh...insyaALLAH akan datang solehah untuk kita. maka begitulah juga dalam petua bersahabat, jadilah sahabat yang baik, bukan carilah sahabat yang baik. (sumber: di mana dia dihatiku?oleh pahrol mohd juoi)   solusinya, berusahalah kita memperbaiki diri insyaALLAH kebaikan datang kepada kita.aku masih teringat kata2 ustaz pahrol, ALLAH tidak melihat kita sampai tetapi dia melihat bagaimana kita berjalan.








No comments:

Post a Comment