Saturday, March 19, 2011

hati orang sedang bercinta dan merindukan kekasihnya amat perasa sekali...

Salah sebuah kisah yang amat menarik yang patut dijadikan iktibar kepada kita ialah tentang  kisah sayidina Umar Al Khattab yang sering menangis sehingga terdapat kesan dua garis hitam di bawah matanya kerana, kerana bekas aliran air matanya

Setiap malam Sayidina Umar bangun malam dan membangunkan juga keluarganya. Kerana ia sering tidak pernah lupa akan firman Allah:
Maksudnya:  "Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) kamilah yang memberi rezeki  kepadamu. Dan  (ingatlah) kesudahan bagi orang -orang yang bertakwa." (Surah Al-Taha ayat 132)

Pada suatu malam, Sayidina Umar Al-Kattab bangun untuk melakukan solat malam dan dia telah membaca ayat al-Quran surah al-Thur ayat 7-8, tiba-tiba dia jatuh pengsan. Tahukah anda apakah ayat yang dibacakan oleh Sayidina Umar itu? Ayat tersebut adalah:

Maksudnya: " Demi bukit dan kitab yang ditulis pada lembaran yang terbuka dan demi baitul ma'mur  dan atap yang ditinggikan (langit) dan laut yang di dalam tanahnya ada api sesungguhnya azab tuhanmu pasti terjadi tidak seorang pun dapat menolaknya" (Surah Al-Thur ayat 1-8)

Sayidina Umar pengsan selepas membaca ayat ini berlangsung selama satu bulan. Mulanya tiada seorang pun yang tahu apa yang terjadi dengan Sayidina Umar.
Ya Allah, Sayidina Umar boleh jatuh pengsan selama satu bulan disebabkan satu ayat yang dibacanya. Mungkin kita tidak mampu menyamakan hati kita dengan hati Sayidina Umar, kerana dia ialah Sayidina Umar bin Al-Khattab yang maqamnya disisi Allah lebih tinggi daripada kita.

Bagaimana pula dengan Ibnu Mas'ud, ketika malam telah gelap dan ketika setiap mata orang lain sudah terpejam dibuai tidur, kemudian jika ada kedengaran suara seperti suara lebah (suara deru tangisan), maka itu petanda bahawa Ibnu Mas'ud sedang melakukan solat malam.
Sesungguhnya, hati kita belum lagi dapat disamakan dengan Ibnu Mas'ud juga Sayidina Umar dalam hal terlalu amat perasa dalam kerinduan mereka kepada Allah.

Sumber: buku QIYAMUL LAIL WA NAWAFIL & KHULASAH SOLATUL LAIL 
oleh Syeikh Amru Khalid, Syeikh Sulaiman bin Nasih Al-Ulwan
penterjermah Syeikh Abu Muhammad Tolha Al-Khairi




No comments:

Post a Comment