Friday, June 17, 2011

niKmat yg SEkejap... ukhuwahfillah

alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi, 2 minggu bercuti di kampung halaman bagaikan 2 hari....
nikmat yg sekejap kau pinjamkan kepada hambaMU amat bermakna...
inilah dikatakan nikmat dunia, nikmat yang sekejap indah lagi nikmat akhirat, nikmat yang abadi tiada taranya.
kita biasa mendengar perumpamaaan ini dunia jambatan ke akhirat.. begitulah juga kehidupan kita, apa yg kita lalui masa lalu , kita jadikan jambatan untuk kita memperbaiki diri di masa hadapan.

Pertama kali berkenalan dgn shbt2  sepupu dari sebuah universiti  amat bermakna, sehari suntuk bersama mereka membuahkan ukhuwah yg meninggalkan kesan di hati.
bak  kata  saudara hilal asyraf, walau kita berada di tempat yang baik sekalipun kalau kita kuncikan hati kita, kebaikan sekali  kali tidak akan meresap masuk. sekalipun jahatnya kita tapi kita cuba berusaha buka hati kita, pasti kebaikan meresap masuk. lebih kurang begitulah  kata-kata beliau.. di bawah ini videonya  ~buka hati~ dan ~ukhuwahfillah~. saya tertarik dengan kata2 senior beliau dalam video ukhuwahfillah, sahabat itu ialah apabila kita nampak dia kita ingat ALLAH s.w.t..

kata bijak pandai: jadilah solehah...bukan carilah soleh. jadilah soleh...insyaALLAH akan datang solehah untuk kita. maka begitulah juga dalam petua bersahabat, jadilah sahabat yang baik, bukan carilah sahabat yang baik. (sumber: di mana dia dihatiku?oleh pahrol mohd juoi)   solusinya, berusahalah kita memperbaiki diri insyaALLAH kebaikan datang kepada kita.aku masih teringat kata2 ustaz pahrol, ALLAH tidak melihat kita sampai tetapi dia melihat bagaimana kita berjalan.








Saturday, March 19, 2011

hati orang sedang bercinta dan merindukan kekasihnya amat perasa sekali...

Salah sebuah kisah yang amat menarik yang patut dijadikan iktibar kepada kita ialah tentang  kisah sayidina Umar Al Khattab yang sering menangis sehingga terdapat kesan dua garis hitam di bawah matanya kerana, kerana bekas aliran air matanya

Setiap malam Sayidina Umar bangun malam dan membangunkan juga keluarganya. Kerana ia sering tidak pernah lupa akan firman Allah:
Maksudnya:  "Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) kamilah yang memberi rezeki  kepadamu. Dan  (ingatlah) kesudahan bagi orang -orang yang bertakwa." (Surah Al-Taha ayat 132)

Pada suatu malam, Sayidina Umar Al-Kattab bangun untuk melakukan solat malam dan dia telah membaca ayat al-Quran surah al-Thur ayat 7-8, tiba-tiba dia jatuh pengsan. Tahukah anda apakah ayat yang dibacakan oleh Sayidina Umar itu? Ayat tersebut adalah:

Maksudnya: " Demi bukit dan kitab yang ditulis pada lembaran yang terbuka dan demi baitul ma'mur  dan atap yang ditinggikan (langit) dan laut yang di dalam tanahnya ada api sesungguhnya azab tuhanmu pasti terjadi tidak seorang pun dapat menolaknya" (Surah Al-Thur ayat 1-8)

Sayidina Umar pengsan selepas membaca ayat ini berlangsung selama satu bulan. Mulanya tiada seorang pun yang tahu apa yang terjadi dengan Sayidina Umar.
Ya Allah, Sayidina Umar boleh jatuh pengsan selama satu bulan disebabkan satu ayat yang dibacanya. Mungkin kita tidak mampu menyamakan hati kita dengan hati Sayidina Umar, kerana dia ialah Sayidina Umar bin Al-Khattab yang maqamnya disisi Allah lebih tinggi daripada kita.

Bagaimana pula dengan Ibnu Mas'ud, ketika malam telah gelap dan ketika setiap mata orang lain sudah terpejam dibuai tidur, kemudian jika ada kedengaran suara seperti suara lebah (suara deru tangisan), maka itu petanda bahawa Ibnu Mas'ud sedang melakukan solat malam.
Sesungguhnya, hati kita belum lagi dapat disamakan dengan Ibnu Mas'ud juga Sayidina Umar dalam hal terlalu amat perasa dalam kerinduan mereka kepada Allah.

Sumber: buku QIYAMUL LAIL WA NAWAFIL & KHULASAH SOLATUL LAIL 
oleh Syeikh Amru Khalid, Syeikh Sulaiman bin Nasih Al-Ulwan
penterjermah Syeikh Abu Muhammad Tolha Al-Khairi




Saturday, March 12, 2011

iktibar kematian....










beberapa minggu yang lalu....buat kedua kalinya kakiku melangkah ke bilik mayat di sebuah institusi....kami diberi peluang untuk melihat jenazah yang tidak dituntut dan organ-organ yang telah mereka bedahi.  hiba hati melihat saudara-saudara yang telah pergi dahulu...pernahkah kita terfikir bagaimanakah jenazah kita nanti? ya allah, tutuplah aib kami... peringatan untuk diri sendiri dan kalian.  hari yang paling bahagia sebenarnya adalah meninggal dunia dlm keadaan beriman.di mana kematian adalah satu permulaan yang tidak akan mati-mati dan di mana kita hidup adalah untuk yang maha hidup. semua orang tahu kematian akan berlaku tapi sedikit dari kita yang bersedia untuk menghadapinya. marilah sama-sama kita membawa bekalan sementara kita masih berada tempat persinggahan yang bernama dunia.

"demi Allah, seandainya jenazah yang sedang kalian tangisi bisa berbicara sekejap, lalu menceritakan (pengalaman sakaratul mautnya) pada kalian, niscaya kalian akan melupakan jenazah tersebut, dan mulai menangisi diri kalian sendiri" (imam ghozali mengutip atsar al-hasan)

jangan kita matikan hati kita dengan melupakan kematian. kematian merupakan penasihat terbaik, cukuplah dengan mengingati mati hati kita sentiasa berusaha membuat apa yang terbaik kerana allah. senantiasalah kita bertaubat selagi kita diberi nafas oleh-NYA.smoga kita menjadi golongan orang bertaubat. sesungguhnya Allah menerima taubat hambanya walaupun kita selalu memungkiri janji kita.

disini saya selitkan beberapa video  untuk renungan kita bersama.

 





Monday, February 28, 2011

assalamualaikum...

assalamualaikum sahabat2 semua..
alhamdulillah..setelah sekian lama ingin mempelajari dunia blog...akhirnya tercapai juga. terima kasih buat sahabat yg mengajar berblog . smoga allah membalas jasa kalian. semoga sedikit usaha ini menyatukan hati kita untuk menyebarkan sedikit ilmu allah yg nan luas ini insyaallah.

teringat pula satu lagu izzatul islam iaitu doa rabithah......

sesunguhnya engkau tahu
bahwa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu

bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan

sesungguhnya engkau tahu
bahwa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu

bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan

kuatkanlah ikatannya
tegakkanlah cintanya
tunjuki jalan-jalannya

terangilah dengan cahyaMu
yang tiada pernah padam
ya robbi bimbinglah kami

rapatkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakkal padaMu

hidupkan dengan ma'rifatMu
matikan syahid di jalanMu
engkaulah pelindung dan pembela

rapatkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakkal padaMu

hidupkan dengan ma'rifatMu
matikan syahid di jalanMu
engkaulah pelindung dan pembela

kuatkanlah ikatannya
tegakkanlah cintanya
tunjuki jalan-jalannya

terangilah dengan cahya-Mu
yang tiada pernah padam

ya robbi bimbinglah kami...
ya robbi bimbinglah kami...
ya robbi bimbinglah kami...


hijau...

"Sehijau daunan"....indahnya warna hijau warna alam semula jadi di dunia...
selama ini mungkin kita hanya mengetahui warna hijau adalah warna identiti islam. ada apa pada hijau sebenarnya? mari kita berkenalan dengan warna hijau. bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta...

Annas bin malik r.a mengatakan, " warna yg paling disukai oleh Rasulullah shalallahu alaihi wassalam adalah hijau". namun selain itu Rasulullah shalallahu alaihi wassalam juga menyukai warna putih.ada juga keterangan bahawa rasulullah shalallahu alaihi wassalam pernah memakai pakaian berwarna hitam, merah hati, abu-abu dan warna campuran.

Kubah masjid nabawi sendiri pun berwarna hijau

.

Beberapa ayat al-quran telah meletakkan warna hijau pada satu tempat yg mulia dan dipandang indah oleh allah s.w.t.

"Penduduk syurga itu (bersenang lenang) di dalam dengan ) berbaring di atas (bantal-bantal) dan cadar-cadar yg HIJAU warnanya serta permaidani-permaidani yg sgt indah".
surah Ar-Rahman: ayat 76

"Mereka di dalam syurga memakai pakaian HIJAU yg diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yg bertekat), sera mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak dan mereka diberi minum oleh tuhan mereka dengan seenis minuman (yg lain) yang bersih suci".
surah Al-Insan: ayat 21

Disini jelaslah bahawa HIJAU adalah warna syurga warna yg disukai oleh Allah yg mencipta warna itu sendiri dan indah pula sehingga menghiasi syurga.Oleh itu janganlah kita membenci sesuatu warna kerana dengki, dendam dan benci. bersamalah kita menyukai warna yg disukai Allah dan Rasul-Nya; memandang indah apa yg dipandang indah oleh Allah dan Rasul-Nya serta bercita-cita pula untuk memakai pakaian berwarna HIJAU di syurga kelak.