"Sehijau daunan"....indahnya warna hijau warna alam semula jadi di dunia...
selama ini mungkin kita hanya mengetahui warna hijau adalah warna identiti islam. ada apa pada hijau sebenarnya? mari kita berkenalan dengan warna hijau. bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta...
Annas bin malik r.a mengatakan, " warna yg paling disukai oleh Rasulullah shalallahu alaihi wassalam adalah hijau". namun selain itu Rasulullah shalallahu alaihi wassalam juga menyukai warna putih.ada juga keterangan bahawa rasulullah shalallahu alaihi wassalam pernah memakai pakaian berwarna hitam, merah hati, abu-abu dan warna campuran.
Kubah masjid nabawi sendiri pun berwarna hijau
.
Beberapa ayat al-quran telah meletakkan warna hijau pada satu tempat yg mulia dan dipandang indah oleh allah s.w.t.
"Penduduk syurga itu (bersenang lenang) di dalam dengan ) berbaring di atas (bantal-bantal) dan cadar-cadar yg HIJAU warnanya serta permaidani-permaidani yg sgt indah".
surah Ar-Rahman: ayat 76
"Mereka di dalam syurga memakai pakaian HIJAU yg diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yg bertekat), sera mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak dan mereka diberi minum oleh tuhan mereka dengan seenis minuman (yg lain) yang bersih suci".
surah Al-Insan: ayat 21
Disini jelaslah bahawa HIJAU adalah warna syurga warna yg disukai oleh Allah yg mencipta warna itu sendiri dan indah pula sehingga menghiasi syurga.Oleh itu janganlah kita membenci sesuatu warna kerana dengki, dendam dan benci. bersamalah kita menyukai warna yg disukai Allah dan Rasul-Nya; memandang indah apa yg dipandang indah oleh Allah dan Rasul-Nya serta bercita-cita pula untuk memakai pakaian berwarna HIJAU di syurga kelak.



Ukhuwah dan muhabah...kita jalinkan...bina keharmonian...
ReplyDeleteIngat gilak2 kmk lagu ya..
ReplyDeletebuang yg keruh ambil yg jernih...
semoga persahabatan kita berkekalan sampai ke syurgaNya...insyaallah..